Saturday, July 16, 2011
Puteri buatmu.
Sekembalinya Aku dengan izin-Mu
Maaf saya titipkan untuk setiap baris abjad yang telah dan bakal dicoretkan. Maaf juga kerana telah lama membiarkan Blog ini bersawang. Buat yang menanti peng'update'tan blog ini, selamat menjamu selera dengan apa yang akan dikongsikan..
Saya bukanlah siapa-siapa untuk menikam segala bicara manusia, atau menekan segala harapan atau apa sekali pun. Tetapi, titipan diblog ini adalah untuk perkongsian semua. Moga memberi manfaat.
Suka saya mulakan dengan puisi yang benar-benar telah menangkap saya untuk berfikir dan merasa lantas mengira butir-butir jernih yang sudi tumpah di bumi Tuhan atas dasar keinsafan.
Friday, January 7, 2011
Bicarakah Cinta itu dari lubuk hatimu dengan-Nya
kembali lagi saya untuk mencoret pendapat dan pandangan serta perkongsian di ruang blog Ufukkirmizi ini.
Mencari yang hakiki itu bukan mudah dan bukan payah. Asal niat itu dimurnikan, maka Allah akan sentiasa tahu apa yang di niatkan, kerana Allah bersifat Maha Mengetahui.
Seringkali kalimah CINTA diujarkan dan lahir dalam beberapa bentuk soalan sebagai kepastian dalam sesebuah perhubungan.
Di sini saya tidak menghukum sesiapa untuk bercinta kerana CINTA itu subjektif. maka mari kenal cinta(daripada apa yang saya mahu kongsikan)
CINTA kepada ALLAH
CINTA kepada RASUL
CINTA kepada IBU dan BAPA
CINTA kepada MANUSIA
CINTA kepada..sebagainya yang baik2..
Cinta kepada Allah adalah cinta yang sebenar-benarnya. Tidak ada yang terluka dan tidak ada yang melukakan. Percayalah, sahabatku sayang.. Rasalah dan carilah cinta itu.
Tutuplah perlahan-lahan mata anda sambil menyebut kalimah Allah, Allah, Allah.. rasakanlah ketenangan itu. Jangan lupa utk basahkan tubuh anda dengan wuduk yang menyegarkan.
(hadirnya kata-kata ini untuk membiarkan anda bersama melayar bahtera cinta bersama-Nya,.)
Sahabatku, kita sering kali berbicara tentang cinta. sudah lama saya ingin kongsikan. dan alhamdulilah, saya terjumpa satu kisah ini. Pada saya, ianya sangat indah dan mententeramkan. Segalanya bermula setelah Allah mengariskan segala perihal jehidupan manusia melalui kisah-kisah nabi. Marilah kita baca dan contohinya. Meskipun bukan sesempurna itu, tapi cuba untuk menghampiri kesempurnaan itu. ini kisahnya, saya bentangkan buat tatapan indah kalian.
Kita hidup kerana-Nya melalui satu ‘peristiwa’ yg sama…
“Syurga yang serba nikmat…Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.
Adam kesepian
Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun! maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini? Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
Aku Hawa, sambutnya ramah. Aku dari Pencipta! suaranya tertegun seketika. Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: Aku….aku.. ..aku, dijadikan untukmu! Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: Kekasihku, ke marilah engkau! Suaranya halus, penuh kemesraan.
Aku malu! balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini! Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik malu terselit rasa mahu. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Perkahwinan Adam dan Hawa
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Syajarah Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!.
Malaikat dan para bidadari berdatangan
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
Mana mahar? tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?.
Bukan! kata Tuhan.
Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya? tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
Bukan! tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!.
Allah SWT. berfirman: Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat- Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu, perintah Allah, dan dapatlah ia sebagai isterimu!.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim.
(Al-Araaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al-Baqarah: 38)
"Ya Allah, kami ini hamba-Mu yang sangat lemah, seringkali tergoda dek kemanisan sementara di dunia. ada kala, kami membicarakan tentang cinta, adakala kami membicarakan tentang nikmat cinta, dan ada kala hadir dari sudut hati ini tentang indahnya cinta. juga, hadir tentang binasanya cinta. kami mohon pada mu, Ya Allah, agar sempurnakanlah cinta kami ini agar kehadiran cinta yang telah atau bakal KAU hadirkan adalah cinta yang sebenar yang KAU unjurkan pada hati kami. bukan hadir atas dorongan nafsu semata. Ya Allah, jadikanlah cinta yang telah atau bakal KAU hadirkan adalah cinta yang membuatkan aku terus dan semakin rindu pada Mu dan kekasih-Mu. Selamatkanlah kami daripada fitnah dan binasa Cinta..amin, ya rabbal a'lamin.."
Moga coretan ini akan memberi manfaat pada sesiapa yang membacanya..
Wallahua'lam..
Friday, July 30, 2010
Renungan Untuk Wanitaku, sayang....
Assalammualaikum wht..
Alhamdulilah, hari ini saya terpanggil untuk menulis diruangan blog ini untuk berkongsi sedikit sebanyak berkaitan hal-hal seorang wanita. Mungkin perkongsian ini dianggap klise oleh sesetengah individu. Dan mungkin ada yang menganggap ini perkara yang remeh temah. Terpulang pada anda. Kehadiran saya untuk berpesan-pesan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang amat saya kasihi dan sayangi.
Wahai puteriku sayang, perhiasan yang indah menjadi satu tarikan buat mereka yang sukakan keindahan. Syukur, kerana kamu mempunyai keindahan yang tulen, asli dan lebih indah dan berharga kerana ianya adalah anugerah Allah swt..-Pemberian khas buat kalian, wanita, dari Maha Pencipta!
Maka, tanpa disedari. perhiasan itu hanyalah pinjaman dan akan dikembalikan semula pada Maha Pencipta. Segalanya akan dipersembahakan semula pada DIA setelah kebangkitan tiba. Tapi, ianya tidak diambil indah oleh sesetengah individu. Katanya, " Rileklah, dunia masih muda..baru nak masuk alam dewasa dunia ni,.. jangan nak kecoh-kecoh.."
Sedarkah kita, dunia ini telah lelah? Usianya sangat jauh bezanya dengan kita generasi kini. maka layakkah kita katakan usia dunia masih muda? Wallahualam..renung-renungkan. kita ingatkan diri masing-masing. Patutkah?
Wanita, mari bersama kita padukan kekuatan kita yang dikatakan kecil sekecil anak semut, mari kita gabungkan tenaga kita yang dikatakan hanya setitis cuma, biar kelemahan ini dilemparkan jauh ke hujung benua. bukan menafikannya, tapi kita baiki agar tidak terus ditindas dek waktu yang semakin garang dan cemburu pada perhiasan kita. tak terus ditindas oleh mereka-mereka yang dusta.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perepuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya.."
Wanita, sedarlah, Allah amat menyanyangi kita. DIA beri kita tempoh untuk berehat setiap bulan. DIA beri kita tempoh lagi untuk kita berehat selepas melahirkan zuriat-si bayi comel. DIA beri kita pengecualian pada setiap bulan Ramadhan. Ya, memang DIA sayang kita.! DIA jaga kita dengan baik. suruh tutp perhiasan kita supaya tak dicemari dek kekotoran dari tangan-tangan yang belum diunjurkan hidayah-NYA..
Indahnya kalian bila berpakaian menutup aurat. sedarkah kalian tentang perkara itu? sedarkah?
Sayang, jangan malu untuk mulakan perkara yang baik. mari kita perbaiki diri untuk mencari redha-NYA. buang segala keegoaan, kerana egoan itu juga pinjaman Allah. Wanitaku sayang, mari kita berubah.. sama-sama kita berlumba untuk kejar syurga. mari kita cuba sebaik mungkin mendapatkan cahaya-NYA.. saya juga berpesan pada diri ini tentang sesuatu yang pasti, iaitu: DIA sayang kita! sungguh..saya tak berbohong..!
Tapi... tapi, andai DIA saja yang sayang akan kita,tetapi kita tidak sayang DIA adakah itu satu keadilan? adat berkasih, untuk rasa kasih dan dikasihi. maka, kenapa bukan diaplikasikan dengan Maha Pencipta. SubhanaAllah..! Mari kita berpesan-pesan pada diri ini, perbetulkan landasan, kuatkan pegangan, tambahkan kekuatan dan ketabahan agar kita tak terus terjerumus di lembah hina.
,Mari kita tadahkan tangan bersama, mengaminkan doa untuk kesejahteraan bersama..
"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam dan sinarilah hidup kami dengan cahaya-MU. Ya Allah, kami memohon pada-MU , agar janganlah kau uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu galasinya. jangan biarkan kami sendiri dalam menempuhi ujian-MU.. kami takut andai kami tewas, azab-MU bakal menimpa. kami tak mampu Ya Allah. Ya Allah, usah biarkan kami terpedaya dengan keseronokkan dunia. kami bimbang kami ditewaskan nafsu keseronokkan, bantulah kami Ya Allah, bantuan-MU amat kami harapkan. Ya Allah Tuhan ku, peliharalah kehormatan kami sebagai seorang wanita, peliharalah kesucian kami sebagai seorang wanita dan kau peliharalah maruah kami agar tidak ada yang berani mencalarkannya. serta Ya Allah, kau peliharalah keperibadian kami dan keaiban kami agar kami terpilih menjadi wanita idaman syurga..Ya Allah, kepada-MU kami memohon. temukan kan dengan jodoh yang sentiasa mengingatkan kami akan cinta pada-MU tetapi bukan sebaliknya Ya Allah. Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar segala batas terjaga dengan sempurna dan difahami oleh mereka-meraka yang melihatnya.. amin ya rabbal alaminn.."
Waallahualam...!
Mencari Cinta Hakiki
Wednesday, June 16, 2010
SENANDUNG BUATMU BIDADARI
Wahai insan, pernahkah anda terfikir, andai si kecil itu berkata, "Ibumu dulu tidak pernah sudi menghumbanmu ke dasar dosa, tetapi kali ini, lahirku kau kira musibah sedangkan itulah yang kau campurkan.. Aku juga ingin merasa setitis susumu sebagaimana kau telah rasai dulu.. meskipun setitis.." Tidak luluhkah hati anda? Dimana hilangnya peribadi seorang insan bernama WANITA? Sungguh, itu dugaan.. tapi, kau perlu kuat melawannya.. Ya Allah.. Wahai wanita dan lelaki ciptaan Allah, padanglah wajah si kecil itu, mereka tidak berdosa..!
BUATMU BiDADARI: Saat-saat kelahiran seorang bayi dilahirkan dari rahim suci seorang ibu, seorang lagi insan yang setia berdampingan dengan seorang wanita yang bakal bergelar ibu.. peritnya terasa pada detik kelahiran, si suami dan bakal ayah tetap menghulur doa buat si ibu sambil mengenggam tangan halus yang pernah bersamanya.."Ya Allahhhhhh..." jeritan itu yang mampu dijeritkan saat bayi itu lahir.. dan si suami tetap disisi.. tanpa disangka, air mata suami meleleh bersama air mata si isteri. sungguh sakitnya ingin dikongsikan bersama.. tapi apakan daya, si suami hanya mampu membisik di telinga si isteri,"Sayang, sabar..! kuatkan semangat..ini ujian Allah..tetapkan kalimah HASBUNALLAHU WANI'MALWAKIL..."
"Subhannallah.. sucinya hati si suami.. saat-saat kesakitan menerkam diri.. dia tetap di sisi..itulah insan yang dicari..kasihnya bukan berlandas nafsu, tapi kerana Allah.. kasihnya demi restu Illah..Wahai wanita kaudanwanita..madah ini buat kalian: "Aksara yg disusun menjadikan aku senang..hingga aku ingin berpencak bersama di medan itu..cuma kubimbang, andai sarat tugas ,tanggungjawap sebuah kehidupan dan kerna kita wanita, membuatkan kita terjerat dek tali putus asa..sungguh itu yg kubimbangkan.. seribu kisah telah tertulis.. hnya tinggal hati mahu jdikan sempadanan atau tauladan.. moga DIA perkenan, setiap langkah yg DIA pinjamkan untk kita pencakkan di medan yg bertuan..kerana kita seorang WANITA YANG MENCARI CINTA HAKIKI SEBAGAI BIDADARI SYURGAWI.." insya-Allah..indah roman menarik rasa, usah lontarkan wajah ke laut selatan, kerna kau dan aku mesti kuat...!
BUAT PUTERA: sudah tentu anda mengharapkan ada bidadariyang mnemanimu tika susah dan senang..cuba bayangkan, tika anda terbaring di medan perang, ada suara yang membisik, "Abang, kita di jalan Allah, jangan biar kita tewas.." bisikan semangat itu bersama pangkuan di ribanya.. sungguh..! usah biar wanita2 terbiar.. belalah nasibnya dan bimbanglah sedayamu ke arah yg benar.. jangan dirosakkan mawar yang berkuntum..
"Ya Allah, jauhilah kami dari azabMU, sungguh kami ini lemah maka kuatkanlah kami untuk membangunkan umah dan teguhkan tapak ini berada dilandas redhaMU.. serta, tetapkanlah iman kami agar kami tidak goyah..benar, cinta itu indah, tapi janganlah kau biar kami terus tertipu dek cinta palsu..kurniakanlah cinta sebenar dariMU..serta Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa kami, wanita sekalin umat islam.. amin.."
UFUK KIRMIZI (SITI FATIMAH)
Saturday, April 17, 2010
Bidadari - Munif Ahmad
Bidadari- kau bagai mawar berduri. Hanya tangan yang terpilih berjaya memetik. Sekilas pandanganmu, mampu mencanting segaris rindu. Terpesona!
Sungguh, benih kasih dan sayang itu tak kau taburkan pada laman-laman yang sia. hanya pada laman yang halal dan suci atas kehendak Illah.
Wahai wanita, dirimu bak bidadari yang disanjung,. Kau diumpamakan permata. Kau dikata hiasan dunia yang teristimewa. Kau juga dikatakan insan yang lembut dan santunmu sentiasa terjaga. Adap, maruah dan diri, kau lindungi. Maka, jangan sekali kau calitkan hitam pada wajah dan kain maruahmu.
Wahai wanita-wanita , mari kita teguhkan kekuatan diri, agar mawar yg di umpamakan itu tidak gugur kelopaknya satu persatu kerana kelalaian dan kerakusan jiwa. sama-sama berdoa moga, tidak tergolong dalam golongan wanita yang dimurkai. SEMOGA MAKAM WANITA SOLEHAH BERPIHAK PADA INSAN-INSAN BERGELAR WANITA, WAHAI PUTERIKU SAYANG..
Biar mawar itu terus berduri, biar tangan-tangan itu takut menyentuhnya, asal kesegarannya, kecantikan dan keseriannya tidak dicemari. Moga Allah mengampunkan segala dosa.
"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami serta semua umat islam..kurniakanlah kami cinta sejati yang bernaung di bawah payung rahmah dan mawaddahMu agar cinta ini tidak dicemari dengan nafsu semata. bukakanlah pintu hati insan-insan yang beriman dan beramal soleh yang sentiasa mengamalkan amalan yang mengundang rasa cinta padaMu. agar aku terdorong ke arah cintaMu. Ya Rabbi, kurniakanlah aku pasangan yang benar-benar mencari cintaMu agar aku berasa damai bersamanya. sesungguhnya Ya Allah, jauhilah kami dari Azab dan siksaMu. dan jauhilah kami daripada cinta yang melalaikan. jadikanlah kami wanita-wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan getarkanlah hati kami tika mendengar kalam-kalamMu agar tidak terlepas sedikitpun daripada selapis cahaya restuMu..AMIN.."
Wallahualam..
Mencari Yang Hakiki..
Thursday, February 18, 2010
SEDETIK NAFAS CINTA UNTUKMU..
Tika mata.. diuji manisnya senyuman..
terpamir rasa menuju harapan..
dan seketika terlontar ke dunia khayalan..
hingga terlupa singgah perjalanan..
tersedar aku.. dr terlena..
dibuai lembut belaian cinta..
rela aku pendamkan impian yg tersimpan,
enggan ku keasyikan..
ku sangka keindahan merampas rasa cinta
pada DIA yg lebih sempurna..
bukan mudah.. bernafas dlm jiwa hamba..
dan kucuba.. menghindarkan pesona maya..
ternyata tak upaya ku hadapinya..
andai murka menghukum mereka...
di atas nama cinta pada yg selayaknya ku nafikan yg fana..
moga dalam hitungan setiap pengorbanan..
agar di suluh chya.. redhaNYA..
BIAR SENDIRI HINGGA AKHIRNYA...
asal tak lepas dari kasihnya..
kerna sesungguhnya hakikat cinta..
hanya DIA yang Esa...
Di atas nama cinta pada yg selayaknya,
ku nafikan yg fana..
moga dlm hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahya Redhanya..
SARATKAN HATI DENGAN CINTA HAKIKI SEHINGGA KURASAI.. NIKMATNYA..SYURGANYA.. CINTANYA..
*************************************************************************************
"Huh, Sarah aku ni sebenarnya..teringannn sangat nak rasa macam mana nak jatuh cinta.. tapi kan, aku takut pulak bila bermain dengan cinta.. hmm.. ko pernah jatuh cinta?"
Soalan dari sahabat sebilik membuatkan jantungku berdebar. Entah apa yang merasuk hati dan perasaannya untuk berfikir tentang cinta. cuma apa yang bermain di fikiranku, adakah cinta yang di maksudkan adalah cinta Allah atau cinta manusia? lantas kuputuskan tali-tali kesangsian yang melilit urat sarafku. malas untuk terus berfikir.
"Cinta? cinta apa?" aku memulakan kata. mencari nokhtah pada kesangsianku.
"Ala, kau ni tanya pula.. ko tengoklah kawan-kawan kita tu.. ramai dah ada pasangan.. aku takutlah tak kahwin sampai tua..hmm..." ada rungutan di hujung kata..
"Itu yang kau takutkan..? sahabat pandang sini.." arahan ku seakan memaksa Farhah untuk tidak terus menonton televisyen yang sebik dengan drma NUR KASIH. benar, cerita itu sungguh menyentuh kalbuku..
Farhah akur. bangun dan menjulurkan kaki ke bawah. ruang yang kelihatan sempit tadi kembali terasa luas sebaik Farhah bangun dari baringannya tadi.. Aku memanah tepat pada anak mata itu. memang benar, perasaan yang hadir sukar untuk di tolak jauh. tetapi, kekuatan demi DIA YANG ESA perlu seiring..
"Kau tahu makna cinta? tahu cinta ada yang bawa kita ke syurga dan ada yang bawa kita ke neraka.. tahu tentang semua tu?" nada kusedikit menekan. Farhah mendengar dengan penuh konsentrasi. ya, kali ini, aku berjaya menjala perhatiannya.
"Tak tahu.. tapi apa yang aku tahu, cinta tu indah.. macam berbulan madu.." senyuman khayal terukir di hujung bibir manis Farhah. sungguh wajah gadis ini memang cantik. anugerah Maha Esa.. tapi kalau tidak dijaga, pasti hilang serinya.
"Hmmmm...." aku mengeluh panjang. kecewa memeluk hati. sungguh,pelajar yang cemerlang ini rupanya sudah dikaburi dengan cinta yang sementara.. sayangnya, dia belum tergoda dengan cinta Maha Esa yang menjanjikan segalanya di akhir nanti.. benar, ujian datang menduga sesiapa..tentang cinta..
"Kenapa?" pertanyaan itu membuatkan aku kembali tenang. syukur kerana gadis di hadapannya nampak keluhan panjangnya.
"Aku sedih sebab ramai remaja yang terlena di buai cinta sementara.. memang susah untuk lupakan perasaan yang merupakan fitrah manusia.. tapi.. " aku terhenti dari terus berkata.
"Tapi, apa?" "Farhah, aku nak ajak kau bercinta.." "Ha! bercinta? Hei! kau gila ke? aku tertarik pada lelaki saja.. bukan perempuan.." kataku disalah tafsir.. tujuanku satu, hanya mahu menduga jawapan si dia.. senyuman harapan kuukirkan buat teman yang aku sayang. aku tak mahu di lemas dalam ajakan dunia yang mahukan cinta semata. cinta buta tanpa ada misi yang mampu menjanjikan syurga.
ya, benar aku tak sempurna. tapi, aku cuba untuk melakukan segala perintahNYA semampu dan sedaya ku. DIA lebih mengetahui apa yang aku lakukan. "Bukan.. bukan itu yang aku maksudkan.." Farhah menjauhkan sedikit tubuhnya daripada ku. wajahnya berubah. takut aku ni jenis lesbian. Oh, tidak! aku juga wanita yang TERTARIK pada seorang LELAKI..Lelaki..
"Habis tu..?"
"Cintu demi DIA..demi DIA yang satu.. jangan biarkan diri, jiwa dan perasaan kau sakit akibat dirobek rasa sakitanya cinta manusia yang hanya pandai tuturkan kata cinta tanpa mengerti rasa cinta NYA.. Farhah, dengar kan video ni.. kemudian kau tafsir apa yang aku maksudkan.. aku tak nak kau mati dalam tikaman cinta buta.." aku sebak.. hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hatiku ketika itu..
"Farhah, jangan biarkan diri kita mati dalam sangkar cinta tanpa haluan. kita halakan rasa cinta tu, pada sujud padaNYA. Biar kita menangis kerana DIA, bukan kerana cinta manusia yang sementara. Aku tahu peritnya menagih cinta manusia..sakitnya hirisan tu.. dan aku bersyukur, Allah masih beri peluang untuk aku bangkit mmengejar dan meraih cintaNYa.. kita tak sempurna untuk bicarakan segalanya tentang kesempurnaan kerana DIA lebih sempurna dari segalanya.. tapi, kita ada panduan dan misi untuk kembali padaNYA semula denga rasa cinta dan rindu yang mendalam untuk bertemu dengannya.."
"Sarah.. terima kasih,.. aku tak tahu, kenapa aku terasa sedih sangat.. dan sayu.. kau sahabat yang baik.. ingatkan aku tentang CINTANYA..terima kasih teman, kerana bebaskan aku daridibelengu cinta duniawi.."
Aku dan Farhah berpelukan. pelukan itu bukan kerana hubungan sejenis.. tetapi, kerana ukhuwah dan rasa cinta kerana NYa.. uhibbukafillah..
takkan kupesongkan cintaku pada arah yang salah kerana aku pasti, cinta Allah lebih manis.. moga Allah sentiasa membantu niatku untuk mengejar cintaNYA..
TAMAT...
jadi, cerita ini saya kongsikan untuk sahabat baca supaya kita tak lupa cintaNYA lebih indah.. biar kita rindu padaNYA, sedalam hati.. kerna rindu itulah yang bakal melayarkan kita ke muara syurga.. tidak salah untuk rasa cinta pada si dia yang tampan..tau si jelita yang manis.. tetapi, bijaklah memelihara hati agar tak lupa cintaNya.. sungguh, aku juga takut terperangkap dalam penjara cinta yang kejam.. kerna pengalaman teman sudah mampu membuktikan segalanya..
teman2 yang di kasihi Allah, jagnan biarkan bumi ini terus sakit menampung penghuni yang tak henti2 membuat dosa. jangan kelamkan lagi garis pelangi dengan noda2 dosa yang kita lakukan.. marilah sujud dan angkat tangan padaNYA, bertaubat agar kita terhindar dari azab yang pedih.. percayalah, cinta itu fitrah manusia yang ianya anugerah Allah. . mari bersama mengasah minda, membina kematangan dari pengalaman kehidupan, tentang cinta SEBENAR.. CINTA SEJATI CINTA HAKIKI.. IMAN ASAS KETAQWAAN, CINTA ASAS PERIBADI MURNI.. WALLAHUALAM..
-mari berubah demi CINTANYA, walau sedetik masa bergerak, kita titipkan dengan zikir dan membina keazaman untuk berubah sebelum tarikh bagi setiap hari yang dijanjikan ternoktah..
"Ya Allah, ampunilah dosa kami.. dosa kedua ibu bapa kami..dosa muslimin dan muslimat.. dan hindari kami dari tipu daya dunia.. Ya Allah, kami ini lemah tiada daya kecuali dengan bantuanMU, dapatlah kami lakukan segala kerja. suburkanlah RAHMAH DAN MAWADDAHMU agar kami tidak hanyut dalam cinta duniawi yang hanya sementara.. layarkan bahtera yang bakal dibina dengan misi yang satu, iaitu menraih redhaMU.. dan Ya Allah, selamatkan lah dunia ini serta penghuni2nya agar kami hidup dalam tarbiah islam.. hindarilah kami dari segala maksiat dan bebaskanlah kami dari Azab api neraka... amin.."
Wallahualam..
SEDETIK NAFAS BUAT SANG PENCIPTA, UNTUK KU SUBURKAN RASA CINTAKU PADANYA AGAR AKU TAK LUPA, DIA LAH CINTA SEJATIKU...

