Thursday, December 22, 2011

BUKU KITA TERLUKA


SAJAK
BUKU KITA TERLUKA (IMBAU KATA, SEBUAH NOVEL)

Lukamu yang parah
Diratah-ratah dari setiap penjuru arah.

Yang berteka-teki belum henti
tentang sejuzuk bernama buku
pada rongga abjad yang
memaknakan sebuah bangsa
tapi dianggap luka yang menanahkan
jiwa.

Interlok
kalau tangismu mampu didengari
pasti peribadi tsunami bakal kau ikuti
tanda segunung kecewa pada murba
yang diharap celik
rupanya buta pada sejarah.

Dan semalam
kuuliti bait kata
menghadami nilai dan makna
hingga aku turut mendengar
tangis interlok dibalik inti makna
dari pengarangnya.

S. FATIMAH SAID
SERI  MANJUNG, PERAK.

(Tersiar di Berita Minggu, 25 Septeber 2011)


Thursday, December 1, 2011

BILAKAH HARUS ANDA MENANGIS?"

"Ketika lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum.
 Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, 
kamu satu-satunya yang tersenyum dan
 semua orang di sekeliling
 kamu menangis."

ada ketika kita menangis kerana kerana kita sedang KERINDUAN,
ada ketika kita menangis kerana kita sedang KESEDIHAN
ada ketika kita menangis kerana kita sedang KEBIMBANGAN
ada ketika kita menangis kerana kita sedang dilamun sesuatu rasa.. dan 
ada ketika kita menangis kerana kita KEHILANGAN
ada ketika kita menangis kerana kita kecewa dengan sebuah PENCINTAAN

tapi.. pernahkah kita berfikir kenapa kita menangis? Untuk apa kita menangis? dan apa manfaat kita menangis? dan kenapa tangis itu berlaku? 

 Tidak dinafikan bahawa tangis ini berlaku atas dorongan emosi dan pemikiran kita yang sering menumbuhkan persoalan yang bermacam. Dan dengan kehadiran fitrah juga tangis itu lahir.

Allah mencipta airmata untuk kita ketawa dan menangis atas sebab-sebab yang tertentu. sehinggakan terlalu banyak air mata yang mengalir sama ada kita sedar atau tidak. 

Sahabat, saya ingin kongsikan sedikit tentang apa yang telah saya baca dalam beberapa hari ini untuk mengisi masa yang terluang meskipun bergelut dengan beberapa hal yang mengundang kepada keletihan. 

saya ingin kongsikan tentang perkara yang selama ini sama ada kita sedar atau tidak tentang airmata yang tidak dituntut:

a) Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. bukankah Tuhan yang telah menentukannya?
b) Jangan menangis ketika menonton filem hindustan. Bukankah itu sekadar lakonan?
c) jangan menagis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukan jodoh yang telah ditentukan Tuhan untuk kita.
d) Jangan menangis kerana gagal dalam peperiksaan. Mungkin kerana kurang membuat persediaan.
e) Jangan menagis kalau wang kita hilang. Mungkin kerana kita kurang bersedekah.

Maka, JANGANLAH.. menangis kerana air mata kita teralalu mahal. 

TETAPI.... Menangislah KERANA keinsafan, kerana mendengar kalam-kalam Allah, dan kerana mengingati kebesaran Allah. Sesungguhnya, airmata itu lahir daripada ketulusan hati dan kelembutan hati yang sungguh. Jangan keraskan hati anda hanya kerana mempertahankan keegoaan. tetapi, ingatlah manfaat sebuah tangisan.. Tangisan  yang baik adalah tangisan yang membuatkan kita berfikir tentang kebesaran Allah, tangisan yang membuatkan kita berfikir tentang sesuatu ke arah yang diredhai. Tangisan juga membuatkan hati kita lembut dan berupaya merasa apa yang ada disekeliling kita. semiga kita diberi nikmat menangis yang sebenar seperti tangisan Nabi Adam a.s
yang menangis 300 tahun tanpa mendingak ke langit. dimana Nabi Adam sujud di atas gunung dan airmatanya mengalir di jurang Serandip. Daripada airmatanyalah Allah SWT menumbuhkan pohon kayu manis dan bunga cengkih. 

begitulah kisahnya. 

semoga menjadi hamba-Nya berupaya menangis di malam hari kerana mencari redha- Nya. 

Bismillahirrohmannirrohim. Ya Allah ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami. kuatkan iman kami. berikanlah kekuatan kepada kami untuk menempuhi setoapa cabaran dan dugaan yang telah Engaku sediakan untuk kami. Sesungguhnya kami tidak mengetahui dan Engkaulah yang lebih mengetahui. Kami memohon agar Engkau terus memberi nikmat kepada kami untuk menangis pada malam hari demi mencari keredhaan-Mu. Jauhkanlah kami daripada segala fitnah manusia dan dunia. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mnegetahui. Amin Ya Rabbal A'lamin..