Saturday, July 16, 2011

Puteri buatmu.

"Wanita bagaikan angin,
lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu penyaji kasih,
 menghidang sayang,
adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai,
minta dimanjakan.

adakalanya
mereka seperti nenek yang berleter seadanya
merungut semahunya, namun
dia tetap teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagian dan deritanya
kita sangat berkaitan dengan mereka."

-Dipetik daripada buku Indahnya Islam Mengatur Kita.-


Betapa indahnya cipta Allah dan betap indahnya kehidupan Islam yang penuh aman dan damai. wahai insan-insan yang dikurnia akal, berfikirlah anda tentang perkara ini. betapa wanita ini bukan untuk disakiti, bukan untuk diperkuli tetapi untuk dijagai, dikasihi.

Ketahuilah betapa Rasulullah SAW sendiri menjaga wanita dengan cara terbaik. Bagaimana banginda menjaga Siti Khadijah, dan anak kesayangan Siti Fatimah? begitu juga dengan isteri yang dicintai iaitu Siti Aishah. marilah bersama-sama mencontohi sunnah Nabi yang penuh dengan sikap kasih sayang, berdedikasi serta bijaksana dalam banyak hal.

wahai lelaki-lelaki, janganlah kau menyentuh hati seorang wanita andai niatmu untuk permainkan, jangan kau bisikkan kalimah yang boleh menggetarkan hatinya andai niatmu bukan untuk peristerikan, tapi titipkanlah doa agar wanita-wanita ciptaan Tuhan diselamatkan daripada segala fitnah dan dijauhi daripada api neraka yang menyeksakan sekiranya hatimu benar-benar sayang pada wanita ciptaan Tuhan. Jagalah sikapmu, tingkatkanlah ilmumu, istiqamah lah  dalam ibadahmu, kuatkan usahamu, dan bertawakallah pada-Nya agar harapan wanita ini tidak lentur untuk satu pengharapan. Jagalah akhlakmu dalam setiap pergaulan untuk mendidik wanita-wanita yang telah dipilih Allah untuk kau gauli. lantas melahirkan zuriat yang  enar-benar memahami ISLAM dan melaksanakan segala perintah Tuhan(Allah) , meninggalkan segala larangan Tuhan(Allah)

Sampaikan harapan melalui gelombang dan usah kau biarkan wanita itu didatangi oleh lelaki-lelaki yang menzalimi wanita. selamatkan mereka agar keredhaan Allah berpihak pada dirimu, dirinya(wanita sebagai isterimy kelak) juga zuriat-zuriat yang bakal mendoakan kelak.

wallahua'lam..


sekian.

Sekembalinya Aku dengan izin-Mu

Assalamualaikum warohmatullah, buat semua sahabat, rakan dan taulan.

Maaf saya titipkan untuk setiap baris abjad yang telah dan bakal dicoretkan. Maaf juga kerana telah lama membiarkan Blog ini bersawang. Buat yang menanti peng'update'tan blog ini, selamat menjamu selera dengan apa yang akan dikongsikan..

Saya bukanlah siapa-siapa untuk menikam segala bicara manusia, atau menekan segala harapan atau apa sekali pun. Tetapi, titipan diblog ini adalah untuk perkongsian semua. Moga memberi manfaat.

Suka saya mulakan dengan puisi yang benar-benar telah menangkap saya untuk berfikir dan merasa lantas mengira butir-butir jernih yang sudi tumpah di bumi Tuhan atas dasar keinsafan.

NIKMAT
Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat 
yang paling padat.

A. Samad Said, 1973
  
Sahabat,
apa yang anda rasa apabila membaca puisi di atas?

tentang nikmat.. saya bukan pengkritik atau apa-apapun, tapi saya cuma mentafsir puisi ini dari sudut peribadi saya sendiri.

betapa indahnya nikmat. tapi seringkali kita sebagai manusia terlupa setelah nikmat itu diberi. denggan hanya satu kalimah, ALHAMDULILAH..kadang kala terasa berat untuk menyebutnya. kenapa? tanyalah diri anda sendiri. jawapannya pasti akan terdetik apabila anda mahu berfikir. 

Betapa Allah telah kurnia terlalu banyak nikmat sehingga ada yang berbalah kerana perkara ini. timbul rasa tidak puas hati antara satu dan yang lain sedangkan kalau mereka mahu memikirkan, nikmat mereka sebenarnya telah disediakan Allah. sama ada mereka perasaan atau tidak. 

Maka sewajarnya kita berfikir tentang hal ini. Membina misi untuk mendahului kejayaan seseorang (menjadi lebih baik) tidak salah, tapi gunalah cara yang terbaik. bukannya dengan cara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.bukan cara yang membawa kepada membuka keaiban seseorang. bukankah kita sering kali diingatkan agar menjaga hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia?

Semoga setiap hubungan yang diikat, dapat diistiqamahkan hingga ke pengakhiran hari dan terusnya hingga ke syurga. Moga Allah terus merasakan kita dengan kehadiran hubungan dengan-Nya dan juga manusia yang dicipta-Nya.

sahabat, saya kira cukuplah di sini dulu untuk kali ini. saya sudah mahu terbang bersama puisi ini.

Ingatan untuk saya dan semua , Betapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai hamba yang tidak punya apa,  jadi bagi yang mampu, lakukanlah sujud syukur atau cukup dengan kalimah ALHAMDULILAH.. percayalah, dalam sunyi pun Allah masih mendengar bicaramu. Allah tetap memahami dirimu kerana kasih dan sayangnya terlalu luas. sama-samalah kita berbaik sangka dengan setiap apa yang dikurniakan. yang penting, berdoalah.

sekian. Wassalam.

Salam kerinduan buat semua.

Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat.

p/s: berdoalah agar apa yang dihasratkan berjaya diperoleh dalam nikmat yang juga padat. ^_^