Friday, July 30, 2010

Renungan Untuk Wanitaku, sayang....

Bismillahirrahmannirahim..
Assalammualaikum wht..

Alhamdulilah, hari ini saya terpanggil untuk menulis diruangan blog ini untuk berkongsi sedikit sebanyak berkaitan hal-hal seorang wanita. Mungkin perkongsian ini dianggap klise oleh sesetengah individu. Dan mungkin ada yang menganggap ini perkara yang remeh temah. Terpulang pada anda. Kehadiran saya untuk berpesan-pesan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang amat saya kasihi dan sayangi.

Wahai puteriku sayang, perhiasan yang indah menjadi satu tarikan buat mereka yang sukakan keindahan. Syukur, kerana kamu mempunyai keindahan yang tulen, asli dan lebih indah dan berharga kerana ianya adalah anugerah Allah swt..-Pemberian khas buat kalian, wanita, dari Maha Pencipta!

Maka, tanpa disedari. perhiasan itu hanyalah pinjaman dan akan dikembalikan semula pada Maha Pencipta. Segalanya akan dipersembahakan semula pada DIA  setelah kebangkitan tiba. Tapi, ianya tidak diambil indah oleh sesetengah individu. Katanya, " Rileklah, dunia masih muda..baru nak masuk alam dewasa dunia ni,.. jangan nak kecoh-kecoh.."

 Sedarkah kita, dunia ini telah lelah? Usianya sangat jauh bezanya dengan kita generasi kini. maka layakkah kita katakan usia dunia masih muda? Wallahualam..renung-renungkan. kita ingatkan diri masing-masing. Patutkah?

Wanita, mari bersama kita padukan kekuatan kita yang dikatakan kecil sekecil anak semut, mari kita gabungkan tenaga kita yang dikatakan hanya setitis cuma, biar kelemahan ini dilemparkan jauh ke hujung benua. bukan menafikannya, tapi kita baiki agar tidak terus ditindas dek waktu yang semakin garang dan cemburu pada perhiasan kita. tak terus ditindas oleh mereka-mereka yang dusta.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perepuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya.."


Nauzubillah,,,! sahabat! sebelum saya lanjutkan lagi tulisan ini, saya mohon maaf anadai tersalah bicara(tulis). saya bukanlah jurusan Agama. tapi saya terpanggil untuk berkongsi.. saya tak mampu untuk menuturkan kata-kata kerana bimbang nafsu marah menguasai diri. maka, blog ini menjadi wahananya.

Wanita, sedarlah, Allah amat menyanyangi kita. DIA beri kita tempoh untuk berehat setiap bulan. DIA beri kita tempoh lagi untuk kita berehat selepas melahirkan zuriat-si bayi comel. DIA beri kita pengecualian pada setiap bulan Ramadhan. Ya, memang DIA sayang kita.! DIA jaga kita dengan baik. suruh tutp perhiasan kita supaya tak dicemari dek kekotoran dari tangan-tangan yang belum diunjurkan hidayah-NYA..

Indahnya kalian bila berpakaian menutup aurat. sedarkah kalian tentang perkara itu? sedarkah?

Sayang, jangan malu untuk mulakan perkara yang baik. mari kita perbaiki diri untuk mencari redha-NYA. buang segala keegoaan, kerana egoan itu juga pinjaman Allah. Wanitaku sayang, mari kita berubah.. sama-sama kita berlumba untuk kejar syurga. mari kita cuba sebaik mungkin mendapatkan cahaya-NYA.. saya juga berpesan pada diri ini tentang sesuatu yang pasti, iaitu: DIA sayang kita! sungguh..saya tak berbohong..!

Tapi... tapi, andai DIA saja yang sayang akan kita,tetapi kita tidak sayang DIA adakah itu satu keadilan? adat berkasih, untuk rasa kasih dan dikasihi. maka, kenapa bukan diaplikasikan dengan Maha Pencipta. SubhanaAllah..! Mari kita berpesan-pesan pada diri ini, perbetulkan landasan, kuatkan pegangan, tambahkan kekuatan dan ketabahan agar kita tak terus terjerumus di lembah hina.

,Mari kita tadahkan tangan bersama, mengaminkan doa untuk kesejahteraan bersama..

"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam dan sinarilah hidup kami dengan cahaya-MU. Ya Allah, kami memohon pada-MU , agar janganlah kau uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu galasinya. jangan biarkan kami sendiri dalam menempuhi ujian-MU.. kami takut andai kami tewas, azab-MU bakal menimpa. kami tak mampu Ya Allah.   Ya Allah, usah biarkan kami terpedaya dengan keseronokkan dunia. kami bimbang kami ditewaskan nafsu keseronokkan, bantulah kami Ya Allah, bantuan-MU amat kami harapkan. Ya Allah Tuhan ku, peliharalah kehormatan kami sebagai seorang wanita, peliharalah kesucian kami sebagai seorang wanita dan kau peliharalah maruah kami agar tidak ada yang berani mencalarkannya. serta Ya Allah, kau peliharalah keperibadian kami dan keaiban kami agar kami terpilih menjadi wanita idaman syurga..Ya Allah, kepada-MU  kami memohon. temukan kan dengan jodoh yang sentiasa mengingatkan kami akan cinta pada-MU tetapi bukan sebaliknya Ya Allah. Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar segala batas terjaga dengan sempurna dan difahami oleh mereka-meraka yang melihatnya.. amin ya rabbal alaminn.."

Waallahualam...!

Mencari Cinta Hakiki



(Usaha sama bersamakembarku, Siti Atiqah)

Wednesday, June 16, 2010

SENANDUNG BUATMU BIDADARI

Sungguh cinta itu murni, aman dan tenang. Tetapi, begitu payah untuk memilikinya tanpa restu DIA.. Usah kata PUAS untuk bersujud, mencari bidadari yang benar-benar umpama permata.. Sungguh ada keharuan dalam menitip cerita kali ini..Subahannallah.. diluar sana makin banyak pintu maksiat yang terbuka luas. Pintu mulia seakan disekat dan terus disempitkan.."DIA" insan yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kejadiannya tidak dipinta, tetapi setelah dilahirkan dari rahim yang dicemar, sungguh azab layan insan atas pergaulan itu.. Habis tersiat belaian mesra, longgar nilai tanggungjawap buat si kecil.

Wahai insan, pernahkah anda terfikir, andai si kecil itu berkata, "Ibumu dulu tidak pernah sudi menghumbanmu ke dasar dosa, tetapi kali ini, lahirku kau kira musibah sedangkan itulah yang kau campurkan.. Aku juga ingin merasa setitis susumu sebagaimana kau telah rasai dulu.. meskipun setitis.." Tidak luluhkah hati anda? Dimana hilangnya peribadi seorang insan bernama WANITA? Sungguh, itu dugaan.. tapi, kau perlu kuat melawannya.. Ya Allah.. Wahai wanita dan lelaki ciptaan Allah, padanglah wajah si kecil itu, mereka tidak berdosa..!

BUATMU BiDADARI: Saat-saat kelahiran seorang bayi dilahirkan dari rahim suci seorang ibu, seorang lagi insan yang setia berdampingan dengan seorang wanita yang bakal bergelar ibu.. peritnya terasa pada detik kelahiran, si suami dan bakal ayah tetap menghulur doa buat si ibu sambil mengenggam tangan halus yang pernah bersamanya.."Ya Allahhhhhh..." jeritan itu yang mampu dijeritkan saat bayi itu lahir.. dan si suami tetap disisi.. tanpa disangka, air mata suami meleleh bersama air mata si isteri. sungguh sakitnya ingin dikongsikan bersama.. tapi apakan daya, si suami hanya mampu membisik di telinga si isteri,"Sayang, sabar..! kuatkan semangat..ini ujian Allah..tetapkan kalimah HASBUNALLAHU WANI'MALWAKIL..."

"Subhannallah.. sucinya hati si suami.. saat-saat kesakitan menerkam diri.. dia tetap di sisi..itulah insan yang dicari..kasihnya bukan berlandas nafsu, tapi kerana Allah.. kasihnya demi restu Illah..Wahai wanita kaudanwanita..madah ini buat kalian: "Aksara yg disusun menjadikan aku senang..hingga aku ingin berpencak bersama di medan itu..cuma kubimbang, andai sarat tugas ,tanggungjawap sebuah kehidupan dan kerna kita wanita, membuatkan kita terjerat dek tali putus asa..sungguh itu yg kubimbangkan.. seribu kisah telah tertulis.. hnya tinggal hati mahu jdikan sempadanan atau tauladan.. moga DIA perkenan, setiap langkah yg DIA pinjamkan untk kita pencakkan di medan yg bertuan..kerana kita seorang WANITA YANG MENCARI CINTA HAKIKI SEBAGAI BIDADARI SYURGAWI.." insya-Allah..indah roman menarik rasa, usah lontarkan wajah ke laut selatan, kerna kau dan aku mesti kuat...!

BUAT PUTERA: sudah tentu anda mengharapkan ada bidadariyang mnemanimu tika susah dan senang..cuba bayangkan, tika anda terbaring di medan perang, ada suara yang membisik, "Abang, kita di jalan Allah, jangan biar kita tewas.." bisikan semangat itu bersama pangkuan di ribanya.. sungguh..! usah biar wanita2 terbiar.. belalah nasibnya dan bimbanglah sedayamu ke arah yg benar.. jangan dirosakkan mawar yang berkuntum..

"Ya Allah, jauhilah kami dari azabMU, sungguh kami ini lemah maka kuatkanlah kami untuk membangunkan umah dan teguhkan tapak ini berada dilandas redhaMU.. serta, tetapkanlah iman kami agar kami tidak goyah..benar, cinta itu indah, tapi janganlah kau biar kami terus tertipu dek cinta palsu..kurniakanlah cinta sebenar dariMU..serta Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapa kami, wanita sekalin umat islam.. amin.."
UFUK KIRMIZI (SITI FATIMAH)

Saturday, April 17, 2010

Bidadari - Munif Ahmad

Bidadari- kau bagai mawar berduri. Hanya tangan yang terpilih berjaya memetik. Sekilas pandanganmu, mampu mencanting segaris rindu. Terpesona!

Sungguh, benih kasih dan sayang itu tak kau taburkan pada laman-laman yang sia. hanya pada laman yang halal dan suci atas kehendak Illah.

Wahai wanita, dirimu bak bidadari yang disanjung,. Kau diumpamakan permata. Kau dikata hiasan dunia yang teristimewa. Kau juga dikatakan insan yang lembut dan santunmu sentiasa terjaga. Adap, maruah dan diri, kau lindungi. Maka, jangan sekali kau calitkan hitam pada wajah dan kain maruahmu.

Wahai wanita-wanita , mari kita teguhkan kekuatan diri, agar mawar yg di umpamakan itu tidak gugur kelopaknya satu persatu kerana kelalaian dan kerakusan jiwa. sama-sama berdoa moga, tidak tergolong dalam golongan wanita yang dimurkai. SEMOGA MAKAM WANITA SOLEHAH BERPIHAK PADA INSAN-INSAN BERGELAR WANITA, WAHAI PUTERIKU SAYANG..

Biar mawar itu terus berduri, biar tangan-tangan itu takut menyentuhnya, asal kesegarannya, kecantikan dan keseriannya tidak dicemari. Moga Allah mengampunkan segala dosa.

"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami serta semua umat islam..kurniakanlah kami cinta sejati yang bernaung di bawah payung rahmah dan mawaddahMu agar cinta ini tidak dicemari dengan nafsu semata. bukakanlah pintu hati insan-insan yang beriman dan beramal soleh yang sentiasa mengamalkan amalan yang mengundang rasa cinta padaMu. agar aku terdorong ke arah cintaMu. Ya Rabbi, kurniakanlah aku pasangan yang benar-benar mencari cintaMu agar aku berasa damai bersamanya. sesungguhnya Ya Allah, jauhilah kami dari Azab dan siksaMu. dan jauhilah kami daripada cinta yang melalaikan. jadikanlah kami wanita-wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan getarkanlah hati kami tika mendengar kalam-kalamMu agar tidak terlepas sedikitpun daripada selapis cahaya restuMu..AMIN.."

Wallahualam..

Mencari Yang Hakiki..

Thursday, February 18, 2010

SEDETIK NAFAS CINTA UNTUKMU..

Tajuk: Di Atas Nama Cinta..
Tika mata.. diuji manisnya senyuman..
terpamir rasa menuju harapan..
dan seketika terlontar ke dunia khayalan..
hingga terlupa singgah perjalanan..
tersedar aku.. dr terlena..
dibuai lembut belaian cinta..
rela aku pendamkan impian yg tersimpan,
enggan ku keasyikan..
ku sangka keindahan merampas rasa cinta
pada DIA yg lebih sempurna..
bukan mudah.. bernafas dlm jiwa hamba..
dan kucuba.. menghindarkan pesona maya..
ternyata tak upaya ku hadapinya..
andai murka menghukum mereka...
di atas nama cinta pada yg selayaknya ku nafikan yg fana..
moga dalam hitungan setiap pengorbanan..
agar di suluh chya.. redhaNYA..
BIAR SENDIRI HINGGA AKHIRNYA...
asal tak lepas dari kasihnya..
kerna sesungguhnya hakikat cinta..
hanya DIA yang Esa...
Di atas nama cinta pada yg selayaknya,
ku nafikan yg fana..
moga dlm hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahya Redhanya..
SARATKAN HATI DENGAN CINTA HAKIKI SEHINGGA KURASAI.. NIKMATNYA..SYURGANYA.. CINTANYA..
*************************************************************************************
"Huh, Sarah aku ni sebenarnya..teringannn sangat nak rasa macam mana nak jatuh cinta.. tapi kan, aku takut pulak bila bermain dengan cinta.. hmm.. ko pernah jatuh cinta?"

Soalan dari sahabat sebilik membuatkan jantungku berdebar. Entah apa yang merasuk hati dan perasaannya untuk berfikir tentang cinta. cuma apa yang bermain di fikiranku, adakah cinta yang di maksudkan adalah cinta Allah atau cinta manusia? lantas kuputuskan tali-tali kesangsian yang melilit urat sarafku. malas untuk terus berfikir.

"Cinta? cinta apa?" aku memulakan kata. mencari nokhtah pada kesangsianku.

"Ala, kau ni tanya pula.. ko tengoklah kawan-kawan kita tu.. ramai dah ada pasangan.. aku takutlah tak kahwin sampai tua..hmm..." ada rungutan di hujung kata..
"Itu yang kau takutkan..? sahabat pandang sini.." arahan ku seakan memaksa Farhah untuk tidak terus menonton televisyen yang sebik dengan drma NUR KASIH. benar, cerita itu sungguh menyentuh kalbuku..

Farhah akur. bangun dan menjulurkan kaki ke bawah. ruang yang kelihatan sempit tadi kembali terasa luas sebaik Farhah bangun dari baringannya tadi.. Aku memanah tepat pada anak mata itu. memang benar, perasaan yang hadir sukar untuk di tolak jauh. tetapi, kekuatan demi DIA YANG ESA perlu seiring..

"Kau tahu makna cinta? tahu cinta ada yang bawa kita ke syurga dan ada yang bawa kita ke neraka.. tahu tentang semua tu?" nada kusedikit menekan. Farhah mendengar dengan penuh konsentrasi. ya, kali ini, aku berjaya menjala perhatiannya.

"Tak tahu.. tapi apa yang aku tahu, cinta tu indah.. macam berbulan madu.." senyuman khayal terukir di hujung bibir manis Farhah. sungguh wajah gadis ini memang cantik. anugerah Maha Esa.. tapi kalau tidak dijaga, pasti hilang serinya.
"Hmmmm...." aku mengeluh panjang. kecewa memeluk hati. sungguh,pelajar yang cemerlang ini rupanya sudah dikaburi dengan cinta yang sementara.. sayangnya, dia belum tergoda dengan cinta Maha Esa yang menjanjikan segalanya di akhir nanti.. benar, ujian datang menduga sesiapa..tentang cinta..

"Kenapa?" pertanyaan itu membuatkan aku kembali tenang. syukur kerana gadis di hadapannya nampak keluhan panjangnya.

"Aku sedih sebab ramai remaja yang terlena di buai cinta sementara.. memang susah untuk lupakan perasaan yang merupakan fitrah manusia.. tapi.. " aku terhenti dari terus berkata.

"Tapi, apa?" "Farhah, aku nak ajak kau bercinta.." "Ha! bercinta? Hei! kau gila ke? aku tertarik pada lelaki saja.. bukan perempuan.." kataku disalah tafsir.. tujuanku satu, hanya mahu menduga jawapan si dia.. senyuman harapan kuukirkan buat teman yang aku sayang. aku tak mahu di lemas dalam ajakan dunia yang mahukan cinta semata. cinta buta tanpa ada misi yang mampu menjanjikan syurga.

ya, benar aku tak sempurna. tapi, aku cuba untuk melakukan segala perintahNYA semampu dan sedaya ku. DIA lebih mengetahui apa yang aku lakukan. "Bukan.. bukan itu yang aku maksudkan.." Farhah menjauhkan sedikit tubuhnya daripada ku. wajahnya berubah. takut aku ni jenis lesbian. Oh, tidak! aku juga wanita yang TERTARIK pada seorang LELAKI..Lelaki..

"Habis tu..?"
"Cintu demi DIA..demi DIA yang satu.. jangan biarkan diri, jiwa dan perasaan kau sakit akibat dirobek rasa sakitanya cinta manusia yang hanya pandai tuturkan kata cinta tanpa mengerti rasa cinta NYA.. Farhah, dengar kan video ni.. kemudian kau tafsir apa yang aku maksudkan.. aku tak nak kau mati dalam tikaman cinta buta.." aku sebak.. hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hatiku ketika itu..





"Farhah, jangan biarkan diri kita mati dalam sangkar cinta tanpa haluan. kita halakan rasa cinta tu, pada sujud padaNYA. Biar kita menangis kerana DIA, bukan kerana cinta manusia yang sementara. Aku tahu peritnya menagih cinta manusia..sakitnya hirisan tu.. dan aku bersyukur, Allah masih beri peluang untuk aku bangkit mmengejar dan meraih cintaNYa.. kita tak sempurna untuk bicarakan segalanya tentang kesempurnaan kerana DIA lebih sempurna dari segalanya.. tapi, kita ada panduan dan misi untuk kembali padaNYA semula denga rasa cinta dan rindu yang mendalam untuk bertemu dengannya.."

"Sarah.. terima kasih,.. aku tak tahu, kenapa aku terasa sedih sangat.. dan sayu.. kau sahabat yang baik.. ingatkan aku tentang CINTANYA..terima kasih teman, kerana bebaskan aku daridibelengu cinta duniawi.."

Aku dan Farhah berpelukan. pelukan itu bukan kerana hubungan sejenis.. tetapi, kerana ukhuwah dan rasa cinta kerana NYa.. uhibbukafillah..
takkan kupesongkan cintaku pada arah yang salah kerana aku pasti, cinta Allah lebih manis.. moga Allah sentiasa membantu niatku untuk mengejar cintaNYA..

TAMAT...

jadi, cerita ini saya kongsikan untuk sahabat baca supaya kita tak lupa cintaNYA lebih indah.. biar kita rindu padaNYA, sedalam hati.. kerna rindu itulah yang bakal melayarkan kita ke muara syurga.. tidak salah untuk rasa cinta pada si dia yang tampan..tau si jelita yang manis.. tetapi, bijaklah memelihara hati agar tak lupa cintaNya.. sungguh, aku juga takut terperangkap dalam penjara cinta yang kejam.. kerna pengalaman teman sudah mampu membuktikan segalanya..

teman2 yang di kasihi Allah, jagnan biarkan bumi ini terus sakit menampung penghuni yang tak henti2 membuat dosa. jangan kelamkan lagi garis pelangi dengan noda2 dosa yang kita lakukan.. marilah sujud dan angkat tangan padaNYA, bertaubat agar kita terhindar dari azab yang pedih.. percayalah, cinta itu fitrah manusia yang ianya anugerah Allah. . mari bersama mengasah minda, membina kematangan dari pengalaman kehidupan, tentang cinta SEBENAR.. CINTA SEJATI CINTA HAKIKI.. IMAN ASAS KETAQWAAN, CINTA ASAS PERIBADI MURNI.. WALLAHUALAM..

-mari berubah demi CINTANYA, walau sedetik masa bergerak, kita titipkan dengan zikir dan membina keazaman untuk berubah sebelum tarikh bagi setiap hari yang dijanjikan ternoktah..

"Ya Allah, ampunilah dosa kami.. dosa kedua ibu bapa kami..dosa muslimin dan muslimat.. dan hindari kami dari tipu daya dunia.. Ya Allah, kami ini lemah tiada daya kecuali dengan bantuanMU, dapatlah kami lakukan segala kerja. suburkanlah RAHMAH DAN MAWADDAHMU agar kami tidak hanyut dalam cinta duniawi yang hanya sementara.. layarkan bahtera yang bakal dibina dengan misi yang satu, iaitu menraih redhaMU.. dan Ya Allah, selamatkan lah dunia ini serta penghuni2nya agar kami hidup dalam tarbiah islam.. hindarilah kami dari segala maksiat dan bebaskanlah kami dari Azab api neraka... amin.."

Wallahualam..
SEDETIK NAFAS BUAT SANG PENCIPTA, UNTUK KU SUBURKAN RASA CINTAKU PADANYA AGAR AKU TAK LUPA, DIA LAH CINTA SEJATIKU...

Tuesday, February 16, 2010

Mari cerita tentang Si Dia yang aku temui tima aku berjalan di pasaraya....

Salam Taaruf..
Hari ini aku mencari satu penghujung pada satu kegelisahan yang aku sendiri tak pasti. Tapi, setelah aku bertemu jodoh dengan si DIA, aku gembira. Akhirnya aku mampu untuk bangkit dari apa yang meyelimuti akal ku selama ini..
sudah pasti ramai yang tertanya-tanya tentang Si DIA.. Lalu, aku ciptakan satu sajak untuknya agar semua orang tahu aku sangat bersyukur kerana di pertemuakan dan dijodohkan dengannya. Moga Allah memanjangkan usiaku untuk terus bersamanya. teruskan fikiran anda bermain dengan madah saya, biarkan sel-sel neuron terus menghantar sesuatu ke otak untuk anda berfikir tentang SI DIA yang saya maksudkan..

TAJUK : DIA
Dia,
kutemui tika lenguh kakiku melangkah,
melintasi jarak dan sempadan tempat,
kerna satu misi,
memutuskan garis gelisah yang membelengu jiwa resah.

La Tahzan!
Si Dia mengembus khutbah pemangkin jiwa,
khutbahnya tanpa bicara,
jasadnya kabur di pentas pancaindera,
sekali kutenung,
ya, aku pasti itulah dia,
berbajukan satu kulit yang menarik,
menjahit perca-perca yang membuatkan aku bangkit.

La Tahzan,
terukir di ruangan kulit,
lantas ku sentuh,
tenang dan damai,
atas coretan sebuah buku
yang aku kagumi,
Dialah, buku yang aku kiaskan,
yang menumbuhkan kekuatan di laman dada,
untuk aku berudah demi DIA..!

SubbahanAllah, segalanya menceritakan tentang tuntan seorang insan. tentang fitrah, tentang cinta, tentang tuntutanNya.. segalanya ada.. semoga anda semua juga bertemu dengan sesuatu yang anda kagumi.. nantikan coretan lain untuk kita kongsikan bersama. insyaAllah, di lain waktu, aku akan kongsikan tentang sebuah cerpen..