Friday, July 30, 2010

Renungan Untuk Wanitaku, sayang....

Bismillahirrahmannirahim..
Assalammualaikum wht..

Alhamdulilah, hari ini saya terpanggil untuk menulis diruangan blog ini untuk berkongsi sedikit sebanyak berkaitan hal-hal seorang wanita. Mungkin perkongsian ini dianggap klise oleh sesetengah individu. Dan mungkin ada yang menganggap ini perkara yang remeh temah. Terpulang pada anda. Kehadiran saya untuk berpesan-pesan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang amat saya kasihi dan sayangi.

Wahai puteriku sayang, perhiasan yang indah menjadi satu tarikan buat mereka yang sukakan keindahan. Syukur, kerana kamu mempunyai keindahan yang tulen, asli dan lebih indah dan berharga kerana ianya adalah anugerah Allah swt..-Pemberian khas buat kalian, wanita, dari Maha Pencipta!

Maka, tanpa disedari. perhiasan itu hanyalah pinjaman dan akan dikembalikan semula pada Maha Pencipta. Segalanya akan dipersembahakan semula pada DIA  setelah kebangkitan tiba. Tapi, ianya tidak diambil indah oleh sesetengah individu. Katanya, " Rileklah, dunia masih muda..baru nak masuk alam dewasa dunia ni,.. jangan nak kecoh-kecoh.."

 Sedarkah kita, dunia ini telah lelah? Usianya sangat jauh bezanya dengan kita generasi kini. maka layakkah kita katakan usia dunia masih muda? Wallahualam..renung-renungkan. kita ingatkan diri masing-masing. Patutkah?

Wanita, mari bersama kita padukan kekuatan kita yang dikatakan kecil sekecil anak semut, mari kita gabungkan tenaga kita yang dikatakan hanya setitis cuma, biar kelemahan ini dilemparkan jauh ke hujung benua. bukan menafikannya, tapi kita baiki agar tidak terus ditindas dek waktu yang semakin garang dan cemburu pada perhiasan kita. tak terus ditindas oleh mereka-mereka yang dusta.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perepuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak akan mencium baunya.."


Nauzubillah,,,! sahabat! sebelum saya lanjutkan lagi tulisan ini, saya mohon maaf anadai tersalah bicara(tulis). saya bukanlah jurusan Agama. tapi saya terpanggil untuk berkongsi.. saya tak mampu untuk menuturkan kata-kata kerana bimbang nafsu marah menguasai diri. maka, blog ini menjadi wahananya.

Wanita, sedarlah, Allah amat menyanyangi kita. DIA beri kita tempoh untuk berehat setiap bulan. DIA beri kita tempoh lagi untuk kita berehat selepas melahirkan zuriat-si bayi comel. DIA beri kita pengecualian pada setiap bulan Ramadhan. Ya, memang DIA sayang kita.! DIA jaga kita dengan baik. suruh tutp perhiasan kita supaya tak dicemari dek kekotoran dari tangan-tangan yang belum diunjurkan hidayah-NYA..

Indahnya kalian bila berpakaian menutup aurat. sedarkah kalian tentang perkara itu? sedarkah?

Sayang, jangan malu untuk mulakan perkara yang baik. mari kita perbaiki diri untuk mencari redha-NYA. buang segala keegoaan, kerana egoan itu juga pinjaman Allah. Wanitaku sayang, mari kita berubah.. sama-sama kita berlumba untuk kejar syurga. mari kita cuba sebaik mungkin mendapatkan cahaya-NYA.. saya juga berpesan pada diri ini tentang sesuatu yang pasti, iaitu: DIA sayang kita! sungguh..saya tak berbohong..!

Tapi... tapi, andai DIA saja yang sayang akan kita,tetapi kita tidak sayang DIA adakah itu satu keadilan? adat berkasih, untuk rasa kasih dan dikasihi. maka, kenapa bukan diaplikasikan dengan Maha Pencipta. SubhanaAllah..! Mari kita berpesan-pesan pada diri ini, perbetulkan landasan, kuatkan pegangan, tambahkan kekuatan dan ketabahan agar kita tak terus terjerumus di lembah hina.

,Mari kita tadahkan tangan bersama, mengaminkan doa untuk kesejahteraan bersama..

"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam dan sinarilah hidup kami dengan cahaya-MU. Ya Allah, kami memohon pada-MU , agar janganlah kau uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu galasinya. jangan biarkan kami sendiri dalam menempuhi ujian-MU.. kami takut andai kami tewas, azab-MU bakal menimpa. kami tak mampu Ya Allah.   Ya Allah, usah biarkan kami terpedaya dengan keseronokkan dunia. kami bimbang kami ditewaskan nafsu keseronokkan, bantulah kami Ya Allah, bantuan-MU amat kami harapkan. Ya Allah Tuhan ku, peliharalah kehormatan kami sebagai seorang wanita, peliharalah kesucian kami sebagai seorang wanita dan kau peliharalah maruah kami agar tidak ada yang berani mencalarkannya. serta Ya Allah, kau peliharalah keperibadian kami dan keaiban kami agar kami terpilih menjadi wanita idaman syurga..Ya Allah, kepada-MU  kami memohon. temukan kan dengan jodoh yang sentiasa mengingatkan kami akan cinta pada-MU tetapi bukan sebaliknya Ya Allah. Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada kami agar segala batas terjaga dengan sempurna dan difahami oleh mereka-meraka yang melihatnya.. amin ya rabbal alaminn.."

Waallahualam...!

Mencari Cinta Hakiki



(Usaha sama bersamakembarku, Siti Atiqah)