Saturday, July 16, 2011

Puteri buatmu.

"Wanita bagaikan angin,
lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu penyaji kasih,
 menghidang sayang,
adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai,
minta dimanjakan.

adakalanya
mereka seperti nenek yang berleter seadanya
merungut semahunya, namun
dia tetap teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagian dan deritanya
kita sangat berkaitan dengan mereka."

-Dipetik daripada buku Indahnya Islam Mengatur Kita.-


Betapa indahnya cipta Allah dan betap indahnya kehidupan Islam yang penuh aman dan damai. wahai insan-insan yang dikurnia akal, berfikirlah anda tentang perkara ini. betapa wanita ini bukan untuk disakiti, bukan untuk diperkuli tetapi untuk dijagai, dikasihi.

Ketahuilah betapa Rasulullah SAW sendiri menjaga wanita dengan cara terbaik. Bagaimana banginda menjaga Siti Khadijah, dan anak kesayangan Siti Fatimah? begitu juga dengan isteri yang dicintai iaitu Siti Aishah. marilah bersama-sama mencontohi sunnah Nabi yang penuh dengan sikap kasih sayang, berdedikasi serta bijaksana dalam banyak hal.

wahai lelaki-lelaki, janganlah kau menyentuh hati seorang wanita andai niatmu untuk permainkan, jangan kau bisikkan kalimah yang boleh menggetarkan hatinya andai niatmu bukan untuk peristerikan, tapi titipkanlah doa agar wanita-wanita ciptaan Tuhan diselamatkan daripada segala fitnah dan dijauhi daripada api neraka yang menyeksakan sekiranya hatimu benar-benar sayang pada wanita ciptaan Tuhan. Jagalah sikapmu, tingkatkanlah ilmumu, istiqamah lah  dalam ibadahmu, kuatkan usahamu, dan bertawakallah pada-Nya agar harapan wanita ini tidak lentur untuk satu pengharapan. Jagalah akhlakmu dalam setiap pergaulan untuk mendidik wanita-wanita yang telah dipilih Allah untuk kau gauli. lantas melahirkan zuriat yang  enar-benar memahami ISLAM dan melaksanakan segala perintah Tuhan(Allah) , meninggalkan segala larangan Tuhan(Allah)

Sampaikan harapan melalui gelombang dan usah kau biarkan wanita itu didatangi oleh lelaki-lelaki yang menzalimi wanita. selamatkan mereka agar keredhaan Allah berpihak pada dirimu, dirinya(wanita sebagai isterimy kelak) juga zuriat-zuriat yang bakal mendoakan kelak.

wallahua'lam..


sekian.

2 comments:

  1. Begitu indah Islam membentuk wanita..Wanita mukminah wa solehah wa muslimah..permata dunia yang terindah..

    ReplyDelete
  2. subhanALLAH..indah ;agi terpesona..khas buat muslimah2 sejati yang hati nya sentiasa mengingati CINTA ynag sebenar dan hakiki..andai si jejaka im=ngin memiliki si wanita lengkapkan diri seutuhnya..wallahualm..

    ReplyDelete