Saturday, April 17, 2010

Bidadari - Munif Ahmad

Bidadari- kau bagai mawar berduri. Hanya tangan yang terpilih berjaya memetik. Sekilas pandanganmu, mampu mencanting segaris rindu. Terpesona!

Sungguh, benih kasih dan sayang itu tak kau taburkan pada laman-laman yang sia. hanya pada laman yang halal dan suci atas kehendak Illah.

Wahai wanita, dirimu bak bidadari yang disanjung,. Kau diumpamakan permata. Kau dikata hiasan dunia yang teristimewa. Kau juga dikatakan insan yang lembut dan santunmu sentiasa terjaga. Adap, maruah dan diri, kau lindungi. Maka, jangan sekali kau calitkan hitam pada wajah dan kain maruahmu.

Wahai wanita-wanita , mari kita teguhkan kekuatan diri, agar mawar yg di umpamakan itu tidak gugur kelopaknya satu persatu kerana kelalaian dan kerakusan jiwa. sama-sama berdoa moga, tidak tergolong dalam golongan wanita yang dimurkai. SEMOGA MAKAM WANITA SOLEHAH BERPIHAK PADA INSAN-INSAN BERGELAR WANITA, WAHAI PUTERIKU SAYANG..

Biar mawar itu terus berduri, biar tangan-tangan itu takut menyentuhnya, asal kesegarannya, kecantikan dan keseriannya tidak dicemari. Moga Allah mengampunkan segala dosa.

"Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami serta semua umat islam..kurniakanlah kami cinta sejati yang bernaung di bawah payung rahmah dan mawaddahMu agar cinta ini tidak dicemari dengan nafsu semata. bukakanlah pintu hati insan-insan yang beriman dan beramal soleh yang sentiasa mengamalkan amalan yang mengundang rasa cinta padaMu. agar aku terdorong ke arah cintaMu. Ya Rabbi, kurniakanlah aku pasangan yang benar-benar mencari cintaMu agar aku berasa damai bersamanya. sesungguhnya Ya Allah, jauhilah kami dari Azab dan siksaMu. dan jauhilah kami daripada cinta yang melalaikan. jadikanlah kami wanita-wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan getarkanlah hati kami tika mendengar kalam-kalamMu agar tidak terlepas sedikitpun daripada selapis cahaya restuMu..AMIN.."

Wallahualam..

Mencari Yang Hakiki..